Tingkatan 4

Permohonan Kemasukan Ke Sekolah Berasrama Penuh Tingkatan 4

Pra-syarat kemasukan ke KISAS:
1. Cemerlang dalam peperiksaan PMR.
2. Bahasa Arab adalah wajib.

Aliran SBP

Ketika ini ada sebanyak 58 buah SBP di seluruh negara dengan pelbagai kombinasi aliran iaitu aliran Sains Tulen, Sains Tulen Agama, Agama dan Sains Teknikal untuk pelajar Tingkatan 4. Setiap aliran SBP ini menawarkan sedikit perbezaan pakej mata pelajaran.

Pakej Mata Pelajaran yang ditawarkan di KISAS.

Aliran Sains Tulen Agama

Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Matematik, Sejarah, Fizik, Kimia, Biologi, Matematik Tambahan, Bahasa Arab Tinggi, Pendidikan Al-Quran & Sunnah, Pengajian Syariah.

Aliran Agama

Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Matematik, Sejarah, Sains, Bahasa Arab Tinggi, Pendidikan Al-Quran & Sunnah, Pengajian Syariah, Prinsip Akaun, Ekonomi Asas, Matematik Tambahan

Permohonan ke SBP Tingkatan 4

  • Permohonan Kemasukan ke Sekolah Berasrama Penuh Tingkatan 4 ini perlu dibuat dengan mengisi borang secara online di portal permohonan atas talian yang disediakan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.
  • Borang Permohonan ini hendaklah dicetak dan mesti ditandatangani oleh pemohon dan dihantar kepada Pengetua sekolah asal untuk disahkan. Pihak sekolah akan menghantar borang yang telah disahkan kepada PPD atau JPN.

Maklumat Lanjut

  • Sila kunjungi Sistem Permohonan Atas Talian Ke Tingkatan 4 SBP untuk membuat permohonan dan mendapatkan maklumat lanjut.
  • Sila semak Senarai SBP untuk mengetahui SBP dan aliran yang ditawarkan.
  • Sebarang pertanyaan boleh juga diajukan kepada

Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Kecemerlangan,

Aras 3, Blok 2251, Jalan Usahawan 1,

63000 Cyberjaya, Selangor Darul Ehsan

atau telefon 03 8321 7400 atau faks 03 8321 7403/ 7402.

  • Pertanyaan boleh juga dibuat melalui Talian Khidmat Pelanggan KPM di 03 7723 7070 atau emel kpkpm@moe.gov.my

66 thoughts on “Tingkatan 4

  1. adakah mata pelajaran bahasa arab juga harus cemerlang di dalam pmr? apakah keputusan pmr yang minimum untuk melayakkan diri ke kisas?

    • Permohonan boleh dilakukan. Tiada masalah. Urusan kemasukan dilakukan oleh Bahagian Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Kecemerlangan (BPSBPSK). Sebarang pertanyaan boleh diajukan kepada BPSBPSK.

    • Pencapaian khas seperti menerima Anugerah Pelajar Terbaik Peringkat Negeri dan sebagainya. Urusan kemasukan dilakukan oleh Bahagian Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Kecemerlangan (BPSBPSK). Sebarang pertanyaan boleh diajukan kepada BPSBPSK.

  2. Assalamualaikum. Bagaimanakah sekiranya saya mendapat A di dalam PMR,tetapi tidak mendapat straight A. Layakkah saya untuk memohonnya?

    • Layak untuk memohon. Urusan kemasukan dilakukan oleh Bahagian Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Kecemerlangan (BPSBPSK). Sebarang pertanyaan boleh diajukan kepada BPSBPSK.

  3. Assalamualaikum, saya hendak memohon untuk ketingkatan satu 2013, tetapi dlm ruangan sekolah berasrama penuh tiada kolej islam.Apakah yang perlu saya lakukan. Terima Kasih

  4. Anak saya akan menduduki PMR tahun ini, dia sangat berminat melanjutkan pelajaran ke KISAS, saya bimbang kerana persaingan ke KISAS amat sengit, jika dia mendapat 9 A, adakah dia akan ditawarkan ke sekolah lain yang ada aliran agama, spt SBPI. Dia berminat dalam Sains Tulin Agama sahaja.

    • Urusan kemasukan dilakukan oleh Bahagian Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Kecemerlangan (BPSBPSK). Sebarang pertanyaan boleh diajukan kepada BPSBPSK.
      Terima Kasih

  5. Assalamualaikum, ank saya telah mohon SBP KISAS tetapi sains tulen, dan telah submit. Dia berminat mengambil perakaunan dan baru ptg ni bila saya dapat klik website KISAS , ada nyatakan kalau sains Agama diKISAS ada subjek perakaunan. Mengikut peraturan permohonan , tidak bole pinda bila da print. Ada kah cara untuk masih dapat pilihan agama tulen walaupun Kementerian memberi penempatan di sains tulen di KISAS, TK,

    • Urusan kemasukan dilakukan oleh Bahagian Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Kecemerlangan (BPSBPSK). Sebarang pertanyaan boleh diajukan kepada BPSBPSK.

      Terima Kasih

  6. Assalamua’alaikum,,,sye hnye pelajar sklh biase,tetapi sye tidak ambil pekse bahasa arab,tapi saye sngt brminat dgn agama..boleh ke saya mohon sekolah ini? di sekolah ini ade tak aliran agama ikhtisas? dan jika boleh mohon,bolehkh saye memohon aliran agama ikhtisas tnpa bahasa arab????

  7. assalamualaikum ..saya nak tanya ..klau bahasa arab A tp yg lain skadar lulus boleh kah nak masuk ke KISAS ???pling bnyak berapa A ye ????mohon jawab ..terima kasih

  8. Assalamualaikum.
    Anak saya bersekolah di sekolah menengah agama swasta. Bolehkah saya memohon untuk kemasukan tingkatan 4 di KISAS? Bagaimana cara untuk memohon?
    Telah Cuba secara online tetapi tidak berjaya masuk website

    • Waalaikumussalam Puan.
      Berkenaan permohonan kemasukan pelajar ke KISAS, ianya diuruskan oleh Bahagian Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Kecemerlangan (BPSBPSK). Jika ada sebarang pertanyaan, boleh terus hubungi BPSBPSK untuk mendapatkan maklumat dengan lebih tepat.

      Terima kasih

  9. Assalamualaikum,…
    Saya ingin menanyakan satu soalan…
    Anak saya harus mendapatkan sekurang-kurangnya berapa band 6 kalau mengikut sistem baru iaitu SISTEM PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH(PBS)untuk masuk ke KISAS??? Anak saya amat berminat akan KISAS kerana ianya banyak melahirkan insan yang berjaya…

    saya berharap dapat anda menjawabnya dengan secepat mungkin….

      • Anak saya baru berusia 13 tahun ( tingkatan 1) pada tahun ini. Tahun hadapan tingkatan 2….. :)
        Pada tahun 2015 baru ank saya tingkatan 4…..
        mohon maaf….. harap maklum…
        Jika KPM memberitahu pasal PBS, saya berharap anda dapat menjawab soalan saya dengan secepat mungkin…
        satu lagi pertanyaan,
        Apabila adanya PBS, KISAS mengambil pelajar dari tingkatan berapa?
        ~SEKIAN TERIMA KASIH~
        Kerjasama anda amat diperlukan…
        Saya berharap anda dapat menjawab soalan saya dengan secepat mungkin….

  10. Assalamua’laikum,

    Saya merupakan pelajar SM Sains Kuching. Pada tahun 2013, saya akan menduduki PMR.
    Saya ingin masuk ke sekolah ini.
    Di SM Sains Kuching, Bahasa Arab tiada dalam PMR.

    Jika saya berpindah ke sekolah menengah agama biasa (keluar SBP), dan mengambil PMR, bolehkah saya masuk ke KISAS?
    (maksudnya, keluar SBP selepas itu masuk SBP balik)
    Harap awak sudi membalas ^^ :3

    • yang ditemudugaa itu adalah pelajar yang tak dapat, tapi diberi peluang kedua… dengan melihat aspek2 kecemerlangan yang lain… yang tak ditemuduga pula, ada 2 kemungkinan sahaja… sama ada dapat atau tak dapat

  11. Assalamualaikum…
    Saya pelajar tingkatan 3, saya telah membuat permohonan ke KISAS untuk tingkatan 4 bagi sesi 2013, soalan saya, adakah benar bahawa pendaftaran bagi pelajar tingkatan 4 sesi 2013 ialah pada 29/12/2012?

  12. assalammualaikum saya warganegara malaysia tetapi ibu bapa saya bukan warganaegara hanya pemaustautin tetap.adakah saya boleh memasuki kisas walaupun saya mendapat 9a dlm pmr

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>