Tarikh: 31 Januari 2012
Masa: 8.00 pagi hingga 12.00 tengah hari
Info tambahan:
Bayaran Yuran Asrama (Makan):
Pendapatan ibu/bapa/penjaga kurang RM5000 sebulan dikenakan bayaran Yuran Asrama RM125/penggal.
Pendapatan ibu/bapa/penjaga lebih RM5000 sebulan dikenakan bayaran Yuran Asrama RM375/penggal.
Bayaran Yuran Asrama penggal 1 boleh dibayar sebelum 30 April 2012
Bayaran Majalah:
RM12 sekeluarga.
Senarai Keperluan Wajib Yang Boleh Dibeli di Koperasi:
Cadar, Sarung bantal, Selimut (mengikut warna rumah) –> 2 unit/pelajar
Kad Matrik — 1 unit/pelajar
Tali Leher (lelaki sahaja) — 1 unit/pelajar
Baju T-Shirt SBT — 2 unit/pelajar
Kain Tenun Bersulam (kain rasmi hari Jumaat) — 1 unit/pelajar puteri
Sampin Tenun Bersulam (Sampin rasmi hari Jumaat) — 1 unit/pelajar lelaki
Kain untuk kelas persediaan — 2 unit/pelajar
Stiker kenderaan — 2 unit/pelajar
Kad Kebenaran Keluar ke Bandar / Balik Bermalam — 1 unit/pelajar
Baju Batik Rasmi KISAS — 1 unit/pelajar
Nota: Harga barangan ini akan dimaklumkan dalam tempoh terdekat.
Senarai Barang Keperluan Yang Perlu Disediakan Oleh Bakal Pelajar:
Pakaian Persekolahan (Lelaki):
- Kemeja lengan panjang berwarna putih.
- Stokin hitam tanpa belang.
- Kasut kulit/PVC hitam bertali (kasut kanvas tidak dibenarkan).
- Seluar panjang berwarna biru gelap (seluar berfesyen, khakis dan seluar jeans tidak dibenarkan).
- Tali pinggang kulit/PVC hitam (kepala tali pinggang hendaklah tidak terlalu besar dan berfesyen)
- Bersongkok hitam.
Pakaian Persekolahan (Perempuan):
- Baju kurung berwarna putih dan kain berwarna biru.
- Stokin hitam tanpa belang.
- Kasut kulit/PVC hitam (kasut kanvas tidak dibenarkan).
- Tudung labuh berwarna putih.
Pakaian Riadah (Lelaki):
- T-shirt berkolar lengan pendek atau panjang.
- Seluar trek berwarna gelap.
- Kasut sukan yang sesuai.
- Stokin yang sesuai.
Pakaian Riadah (Perempuan):
- T-shirt labuh yang sesuai.
- Seluar trek berwarna gelap.
- Kasut sukan yang sesuai.
- Stokin yang sesuai.
- Tudung labuh yang sesuai.
Pakaian Kelas Persediaan Lelaki dan Perempuan:
Contoh pakaian kelas persediaan sesi 2010/2011
Barang keperluan lain yang perlu disediakan oleh pelajar lelaki dan perempuan:
- Peralatan membasuh (berus, baldi, sabun dsb)
- Peralatan penjagaan peribadi (ubat gigi, pencuci muka, berus gigi, sikat dsb)
- Kain pelikat/kain batik/kain sarong.
- Selipar.
- Mangga kecil (padlock).
- T-shirt secukupnya.
- Stokin secukupnya.
- Pakaian harian secukupnya.
- Dan lain-lain keperluan yang difikirkan sesuai.
Nota: Barangan keperluan ini ada dijual di koperasi sekolah. Para pelajar juga tidak digalakkan membawa peralatan / pakaian secara berlebihan kerana ruang almari yang terhad.
PERHATIAN
SEMUA JENIS PERALATAN ELEKTRIK/ELEKTRONIK TIDAK DIBENARKAN DIBAWA KE ASRAMA DAN SEKOLAH
















