16 Mei, Klang – Guru Inovatif Melonjakkan Transformasi Pendidikan Negara, itulah tema Hari Guru 2012. Sambutan peringkat kebangsaan telah dilakukan di Dewan Jubli Perak, Kuala Kangsar, Perak. Semua sekolah di seluruh negara juga telah menyambutnya pada 16 Mei dan semestinya dengan suasana yang sungguh meriah.
Sambutan Hari Guru di Kolej Islam Sultan Alam Shah telah berlangsung seawal jam 7.45 pagi lagi. Para guru dan kakitangan sokongan telah diarak dengan paluan kompang untuk memasuki ke dewan keramat, Dewan Muttaqin al Muthaqqafin. Majlis Sambutan Hari Guru dan Pekerja ini telah dirasmikan oleh ayahanda Pengetua Cemerlang KISAS, Tuan Haji Abdullah b Jusoh. Acara diserikan lagi dengan rutin Hari Guru, iaitu dengan nyanyian bersemangat lagu Kami Guru Malaysia.
Pelbagai acara dan persembahan menarik telah diatur oleh para pelajar untuk meraikan guru-guru dan kakitangan sokongan di KISAS. Majlis turut diserikan lagi dengan persembahan daripada pentadbir KISAS yang diketuai oleh Tuan Pengetua, nyanyian solo Ustaz Ab Majid dan persembahan pelajar.
Pada jam 11.30 pagi, warga dewan telah menyaksikan ucapan YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin secara langsung yang disiarkan di layar dewan. Acara diteruskan lagi dengan permainan yang berterusan sehingga jam 2 petang.
Terima Kasih kepada semua yang menjayakan Sambutan Hari Guru dan Pekerja Peringkat Sekolah.










Muhammad Akhyar sedang mengikut aktiviti ekspedisi dalam Pengakap Remaja






